Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog aku, Para pecinta ayam. Harini aku nak cerita pasal perjuangan aku dalam percubaan memulakan projek ternakan ayam daging aku sendiri, masa ni umur aku cuma 19 tahun. Masa ni aku baru lepas berhenti bekerja di ladang ayam milik seorang tauke melayu. Nak kata handal tu takdelah, tapi adalah sedikit pengalaman dalam membuat ternakan ayam pedaging skala paling besar pernah buat pun 10ribu ekor jaga sorang2 di tengah2 hutan yg menyeramkan. Tapi buat macam mana rajin pun, itu bukan milik kita, aku cuma seorang macai masa tu. Dari situ aku dah mula tanam minat nak menjadi seorang tauke yg ada projek yg tersendiri. Gaji aku bekerja kat ladang masa tu hanyalah RM 450 sebulan. Ya, sebulan. Tanpa elaun makan dan minum,minyak mahupun topap telepon. Kalau ikutkan hati memang awal2 lagi nak cabut dari kerja ladang ni, tapi disebabkan minat yg sgt mendalam aku ingin mempelajari selok belok, ranjau dan duri, mehnah dan tribulasi perniagaan ini, A...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa sahaja yg sedang membaca entry blog ini. jujur aku cakap memang aku rasa xde sape pun yang akan baca blog aku ni... kecuali ada orang yang betul2 berminat nak menternak ayam jugak macam aku. ok lah dalam entry lepas aku ada cerita pasal aku dan cita-citaku yg mana aku ceritakan macam mana aku boleh berminat dalam bidang ternakan ayam ni. jadi pada entry kali ni aku nak mulakan cerita pasal sedikit ilmu yang aku ada . baiklah, lepas je aku berhenti sekolah aku terus bekerja di sebuah ladang ayam di Selandar,Melaka. reban tempat aku kerja ni memang dalam hutan. kedai runcit yg terdekat pun hampir setengah kilometer. petrol pam jangan cerita la. nun 20 kilometer jauhnya. tapi disebabkan aku betul2 dah nekad nak terjun dalam dunia ternakan ayam ni, aku x nampak semua tu sebagai alasan atau masalah pada aku. yang penting pada aku masa tu ialah aku nak belajar banyak benda pasal ternakan ayam daging ni. aku masuk bekerja sebag...