Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog aku, Para pecinta ayam.
Harini aku nak cerita pasal perjuangan aku dalam percubaan memulakan projek ternakan ayam daging aku sendiri, masa ni umur aku cuma 19 tahun.
Masa ni aku baru lepas berhenti bekerja di ladang ayam milik seorang tauke melayu. Nak kata handal tu takdelah, tapi adalah sedikit pengalaman dalam membuat ternakan ayam pedaging skala paling besar pernah buat pun 10ribu ekor jaga sorang2 di tengah2 hutan yg menyeramkan. Tapi buat macam mana rajin pun, itu bukan milik kita, aku cuma seorang macai masa tu. Dari situ aku dah mula tanam minat nak menjadi seorang tauke yg ada projek yg tersendiri.
Gaji aku bekerja kat ladang masa tu hanyalah RM 450 sebulan. Ya, sebulan. Tanpa elaun makan dan minum,minyak mahupun topap telepon. Kalau ikutkan hati memang awal2 lagi nak cabut dari kerja ladang ni, tapi disebabkan minat yg sgt mendalam aku ingin mempelajari selok belok, ranjau dan duri, mehnah dan tribulasi perniagaan ini, Aku sanggup ikat perut asalkan masa tu yg penting pada aku hanyalah ilmu penternakan tu. Aku nakkan pengalaman yg berharga tu, jadi aku mengetepikan soal gaji dan buat tak tahu saja.
Hampir 2 pusingan aku kerja kat ladang tu berbekalkan gaji ciput RM450sebulan tadi. Punyalah ikat perut sampai susut badan aku dari 115kg terus susut sampai 95kg. Mmg agak kurus jadinya. Nasib baik simpanan glycogen dalam badan aku banyak huhu.
Pendek cerita, percubaan aku yang pertama kali untuk bukak projek ternakan ayam daging aku sendiri gagal disebabkan sebab2 yg aku ada ceritakan dalam post sebelum ni. Kalau rajin2 bolehla singgah baca. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal kegagalan kali pertama tadi, tapi aku nak cerita pasal percubaan kedua aku.
Setelah gagal sekali, aku belajar macam2 benda baru macam penipuan geran tanah, masalah tiada kebenaran dari TNB dsb. Jadi kegagalan yg pertama tu aku anggap pembuka jalan utk peluang yg lebih baik.
Percubaan kedua aku bermula apabila aku mula kenal seorang penternak ayam yg sudah berjaya di kedah. Aku kenal dia pun daripada blog saja, lepas beberapa minggu baca blog dia dan aku rasa dia ni bagus dan boleh dijadikan ikutan yg sangat baik, aku pun set appointment utk berjumpa dgn dia. Berbayar tau bukan free.
Masa jumpa dia tu aku ceritakanlah segala apa perancangan aku dan impian aku, segala masalah aku dan minta pendapat dan bantuan dari dia dari segi idea dan kabel. Orang lama ni biasanya kabel besar, kalau nak cari reban sewa tu jauh lebih mudah berbanding budak baru. Diorang ni ada persatuan penternak ayam. Banyaklah orang yg dia kenal. Dia pun bersetuju utk tolong aku carikkan satu reban sewa utk aku buat projek aku sendiri.
Alhamdulillah tak lama, seminggu lepas aku jumpa dia, dia berjaya carikkan aku reban sewa yg masih dlam keadaan baik dan sgt recomended utk disewa. Lepas aku dapat tahu je ada reban utk disewa aku terus naik moto berbekalkan sekeping roti gardenia dan sehelai kain pelikat, aku terus ride sejauh kira2 500km utk berjumpa dgn tuan reban tersebut, aku takut org lain rembat dulu reban tu.
Sesampai je aku direban tu, aku terus jumpa tuan reban dan tgok keadaan reban. Mmg nice gila reban tu. Sebab dia nak sewa ialah kakinya baru kena potong akibat kencing manis dan berhajat utk berpencen dari bidang ayam ni. Mmg cantik sgt lah tu. Aku pun terus bersiap sedia kumpulkan segala dokumen2 yg perlu utk dapatkan reban tu sebelum org lain.
Aku balik seremban malam tu jugak, sebab besok tu aku nak pergi daftar SSM, siapkan duit semua. Masa ni jujurnya dalam akaun bank aku cuma ada tak lebih RM100. Rasa mcm nak tergelak pun ada. Semangat punyalah membara, aku x pikir apa masa tu, aku cuma pikir macam mana nak bagi dapat jugak reban tu.
Aku pun mulalah cari bank2 dan semua pinjaman2, bantuan yg ada utk bantu anak muda ni, tapi semuanya perlukan cagaran mcm tanah atau simpanan bank. Aku mmg xde apa2. Kalau ada yg x mintak cagaran pun macam TEKUN dll dia mesti nak kita start dulu 2-3 round utk tgok cash flow bisnes kita, baru dia nak tolong. Konklusinya, kena pakai duit sendiri dulu jugak.
Aku dah garuk kepala time ni, lepas perbincangan dgn abang aku, dia sudi bantu aku buat personal loan sebanyak 30K utk bantu aku dgn syarat aku kena bayar lah tiap2 bulan dan dia x nak susah. Aku bersyukur sgt time ni. Sebab aku dah sampai level terpikir nak jual organ dah masa ni.
Tapi sayang seribu kali sayang, aku terlalu lambat, aku ambik masa terlalu lama kira2 sebulan baru betul2 ready utk sewa reban tu, baru ada modal, daftar ssm semua. Masa aku nak buat perjanjian sewaan dgn tuanpunya reban dia cakap dia dah ada penyewa, org tu dah ada modal, dan cepat sikit je dari aku.
Aku jadi lost kejap masa tu. Kau bayangkanlah usaha berhempas pulas utk dapatkan reban tu, panjat pejabat sana sini utk dapatkan bantuan modal. Buat perjanjian sewaan taip punyalah panjang dekat 40 mukasurat, tak tentu arah jadinya aku sebulan tu semata2 utk dapatkan reban tu, last2 minit tuanpunya reban kata dia nak sewa kat org lain, sebabnya ialah org tu offer lebih baik dan dia lebih berpengalaman dari aku. Tuanpunya reban kata dia x yakin dgn kemampuan aku yg baru berusia 19 tahun masa tu utk handle projek sendiri. Ya, aku mmg gila time tu, tapi aku tahu aku mampu. Dengan mata yg berair aku cakap terima kasih bagi aku peluang dan terus cau balik seremban dgn harapan yg punah. Aku anggap Allah belum izinkan aku. Ini yg terbaik.
So konklusinya, percubaan aku utk buat projek ternakan ayam pedaging kali kedua turut berkesudahan dengan jalan mati. Aku banyak belajar bnde2 baru yg sgt penting mcm lesen penternakan mcm mana nak dapatkan, tukar status lesen, mcm mna nak claim gst dsb. Yg pasti aku akan lebih bersedia dalam projek ternakan ayam pedaging 3.0 nanti. InsyaAllah
Kalau takut dipatuk ayam,
Jangan berumah ditepian reban,
Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan yg dalam jgn diduga
Assalamualaikum, berjumpa lagi nanti dalam projek ternakan ayam pedaging 3.0!
Aameerbalboa,
Chicken Slayer
Boleh contact saya.pasal ada project menternak ayam
ReplyDeleteReban disediakan.hubungi saya zul
0126029120
Reban ayam kampong..luas berapa ekar...harga
DeleteKat mana ye
Deletesaya ingin membeli ayam daging dalam kuantiti 250ekor,, boleh hubungi saya di 01116540546
ReplyDeleteSapa nak ank ayam baka terbaik boleh e-mail sy
ReplyDeletePm 01128988514 ...otw nk siap kn reban lepas covid-19 hbis
DeleteAku suke la baca kau punya cerita.. tulis la lg perkembangan kau.. satu masa nnti InsyaAllah impian kau akan trcapai..
ReplyDeleteAssalammualaikum.saya shahrul dari seremban..saya berminat untuk mencuburi ternakan ayam ni boleh ke saya belajar cara2 untuk proses pnternakan ini
ReplyDelete