Skip to main content

AKU PENTERNAK AYAM DAGING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa sahaja yg sedang membaca entry blog ini.

jujur aku cakap memang aku rasa xde sape pun yang akan baca blog aku ni... kecuali ada orang yang betul2 berminat nak menternak ayam jugak macam aku.

ok lah dalam entry lepas aku ada cerita pasal aku dan cita-citaku yg mana aku ceritakan macam mana aku boleh berminat dalam bidang ternakan ayam ni. jadi pada entry kali  ni aku nak mulakan cerita pasal sedikit ilmu yang aku ada .

baiklah, lepas je aku berhenti sekolah aku terus bekerja di sebuah ladang ayam di Selandar,Melaka. reban tempat aku kerja ni memang dalam hutan. kedai runcit yg terdekat pun hampir setengah kilometer. petrol pam jangan cerita la. nun 20 kilometer jauhnya. tapi disebabkan aku betul2 dah nekad nak terjun dalam dunia ternakan ayam ni, aku x nampak semua tu sebagai alasan atau masalah pada aku. yang penting pada aku masa tu ialah aku nak belajar banyak benda pasal ternakan ayam daging ni.

aku masuk bekerja sebagai pekerja ladang. biasanya pekerja ladang ni samada orang indon atau bangla je. orang melayu mana ada yang nak kerja kotor. pikul dedak 40 bag setiap hari yg mana satu bag tu 50 kg. pastu kerja berjam2 mencangkung nak cuci bekas air ayam. tanam ayam mati semua. kerja bawah panas. sebenarnya xde lah teruk dan susah sgt pun. cuma biasalah budak bandar macam aku ni rasa bnde tu mcam susah lah mula2. gaji yang diberikan hanyalah RM900 je sebulan. caya x? haha sape je org melayu nak kerja kalau kerja macam nak tercabut tulang belakang tapi gaji camtu. tapi aku x pandang sangat gaji masa tu , apa yang aku pikir ialah aku nakkan ilmu tu. ilmu menternak ayam, aku nak jadi usahawan satu hari nanti dan aku kena mulakan dari bawah. dan sebenarnya aku xde pilihan lain pun sebab aku memang xde apa2. xde tanah ,xde modal, xde segala2 nya yg diperlukan. jadi apa yg aku buat ialah aku kumpul ilmu dan pengalaman dulu. at least itu apa yg aku fikir masa tu laa

kebaikan yang aku dapat sepanjang aku bekerja di ladang orang ni ialah aku jadi paham sangat macam mana penternak ayam ni berniaga. disebabkan reban yang aku jaga tu x besar mana kapasiti cuma 10,000 ekor aje, so aku jaga reban tu sorang2. separuh mampus jugaklah. dan bila aku jaga sorang ni aku dapatlah peluang handle semuanya. dedak masuk aku handle, dedak habis aku yang akan order. ayam keluar aku setelkan. ayam sakit aku cari penyelesaian. hampir semua urusan aku yang uruskan jadi banyak bende yang aku dapat belajar untuk menjadi seorang penternak ayam daging.

tapi sebenarnya aku bukan berseorangan, mando aku, Farid Kedaung juga ada . tapi dia jarang ada. so kebanyakan kerja aku yg setelkan. dia lebih kepada mengajar dan guide aku jelah macam mana nak buat, apa nak kena buat. aku dan farid memang sangat ngam kitorang jadi kawan rapat lepas sejam je bersembang. haha sebabnya kitorang satu kepala dan berkongsi impian dan minat yang sama. matlamat hidup kitorang sama iaitu untuk membangunkan industri ternakan ayam di Malaysia ini.

lepas je aku habis bekerja di ladang ni, aku dan farid dah ada rancangan kami sendiri iaitu kitorang nak jadi bisnes partner dan buat projek ternakan kami sendiri bersama. kitorang memang dah banyak ilmu pasal ternakan ayam, tapi mosty hanya berguna untuk sistem reban open house. reban close house kitorang x berapa mahir tapi kitorang boleh belajar xdehal.

 jadi masalah pertama kalau nak buat projek ternakan ayam ialah first sekali kitorang kena ada reban. jadi apa yang kitorang nak buat iaah kitorang nak menyewa reban dulu sampailah kitorang mampu ada reban sendiri. jadi aku dan farid mula usha reban2 sewa dan untuk pengetahuan korang nak cari reba sewa kat malaysia ni memang susah gila. sebab kebanyakan reban yang nak disewa penternak2 akan dapat tahu dulu sebelum budak2 baru dapat tahu . so memang xde can lah. tapi ada jugak reban yg penternak x nak menyewa sebabnya ialah reban tu dah hancur.

reban yang macam ni mmg ada. tapi penyewa kena lah repair repair reban tu kalau nak pakai.jadi lepas cari punya carik, aku pun sebulat hati nak menyewa sebuah reban di masjid tanah,melaka. reban ni 2 tingkat dan kapasiti asalnya ialah 25K ekor. tapi disebabkan kerosakan reban ni terlalu teruk, aku hanya dapat gunakan setingkat je iaitu tingkat atas yg berkapasiti cuma 13K tapi okla dari xde kan. jadi selepas deal dgn pemilik reban akhirna kami pun bersetuju untuk ambil dan repair reban tu. tapi penyewa cuma perlu repair lantai, kayu tiang, kanvas, bumbung dan peralatan2 je. elektrik dan air ,wiring semua tanggungjawab tuan reban.

jadi modal kami nak repair reban ni sekitar 30K jugaklah kira2. pergh mana nak cekau 30K an. jadi aku pun cerita lah kat abang aku yg merupakan seorang kakitangan awam iaitu warden penjara, aku cerita pada abang aku panjang lebar dan akhirnya dia bersetuju lah nak sokong dan bantu aku apa yg dia mampu. dia tolong buatkan personal loan untuk aku tapi aku kena bertanggungjawab sepenuhnya keatas loan tulah. dia x nak ada apa2 masalah dengan loan tu. fuh memang susah nak dapat peluang macam ni. tapi sape lagi yang akan tolong kau kalau bukan adik beradik sendiri an.

jadi sekarang ni aku dan farid tgh dalam usha membaikpulih reban kami supaya dapat berfungsi sepenuhnya. dan kami plan untuk siapkannya sebelum ayam masuk pada bulan 6 yang akan datang.

jadi nasihat untuk mereka yang baru  ingin memulakan penternakan disarankan mula dengan reban sewa dulu sebab kosnya jauh lebih rendah berbanding kalau nak buat reban sendiri atas tanah sendiri yg boleh mececah hingga ratusan ribu ringgit. dan katakan kalau apa2 terjadi pun kita tidak akan terlalu terbeban. kalau boleh elakkan membua pinjaman yang terlalu besar hingga membebankan kita untuk membayar balik. senang cerita ukur baju dibadan sendiri laa

sampai sini saja entry kali ni.. ringan2 je topik kali ni. sehingga bertemu lagi

nilah rupa reban sewa yang xde sape nak sewa. so korang paham2 lah kan
walaupun katluar agak teruk kerosakannya tapi didalam agak nice apa . not bad laa. btw ni reban close

Comments

  1. Boleh dapatkan contact no.

    ReplyDelete
  2. saya salute lah usaha dan semangat tuan...saya pun sedang mencari reban utk disewa...nak cebur bidang ternakan ni jugak

    ReplyDelete
  3. As'salam Bro....saya mempunyai cita2....mcm Bro....boleh beri no. Telepon....saya nak belajar dengan Bro ternak Ayam Daging....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la..aku pom nekad nk buka gak reban ayam..tgu je ni nak.pegi krsus dlu

      Delete
    2. Boleh contact no ni dia orang cari orang jadi perintis handle reban2 dia orang 0175178588

      Delete
  4. Salam Abg
    Sy ni pompuan tp minat nk jd penternak ayam, cuma Sy x taw nk beli ayam yg masih kecik atau yg dah matang sikit? Sy pun agak zero lg bab2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada reban di kuala lumpur. siapa minat talipon 017-8232281

      Delete
  5. Blh tinggalkan no phone x bro blh Kita discuss pasal ayam.nie contact no saya 0165537082

    ReplyDelete
  6. Hello boleh tinggalkan no hp untuk sy bertanya pasal ayam .

    ReplyDelete
  7. Ni no saya 01119765626. Saya ada tanah. Tapi tak tau nk buat apa. Mmg dh lama riki bahagian ayam ni. Tp risiko dia. Saya rasa xboleh buat sorang la.. Kene partner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula dlm proses nk beli tanah dh buat keviet jual beli. Bulan 8ni bayar penuh. Tp harap2 Saya la sebelum ternak ayam ni dapt menimba ilmu dari orang yg berpengalaman

      Delete
  8. hai bro, interesting article you have written and well done bro. saya ada tanah 1 ektar di tampin negeri sembilan and planning nak pelihara ayam , boleh tak contact saya atau saya akan hubungi bro masa terdekat di number hp bro 01121444025. harap dapat petunjuk sikit dari bro. just perlu some guide untuk starting up business bro. thank you bro

    ReplyDelete
  9. Saya pun dah bosan bekerja makan gaji kat kL rasa nak balik sabah dah usaha sendiri...saya langsung tak tau pasal ayam ni saya ada tanah pasal kandang xde masalah banyak bambu tempat saya boleh buat kandang adik beradik pun ramai aku minta tolong sementara aku kerja nak cari modal sikit2...semoga dipermudahkan
    Cuma taktau nak krusus kat mana...step 1 t0 10 mesti kena tau makanan apa,suhu,ubat dan cara mencegah....tengah usha2 lagi ni kat google

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum.. Sy mempunyai Tanah Di Kuala lipis.. Tapi tiada modal bagi membuat kelengkapan permulaan projek ayam daging nie..sy mencari Kepada yg berminat menjadi founders kepada projek sy nie .. Sila contact sy.. 0193175871 ( shahrul)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. saya mmg nk mulakan bisnes ayam daging..bg bro, perlukahh saya pergi khusus dlu?

    ReplyDelete
  12. Ingat nak mula ternak 100 ekor dulu kat belakang rumah

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Saya dlm proses membeli tanah tujuan nk buat ternakan ayam daging. Boleh tuan bg no. Atau tuan whatapp Saya 01137338252

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROJEK AYAM DAGING 2.0

Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog aku, Para pecinta ayam. Harini aku nak cerita pasal perjuangan aku dalam percubaan memulakan projek ternakan ayam daging aku sendiri, masa ni umur aku cuma 19 tahun. Masa ni aku baru lepas berhenti bekerja di ladang ayam milik seorang tauke melayu. Nak kata handal tu takdelah, tapi adalah sedikit pengalaman dalam membuat ternakan ayam pedaging skala paling besar pernah buat pun 10ribu ekor jaga sorang2 di tengah2 hutan yg menyeramkan. Tapi buat macam mana rajin pun, itu bukan milik kita, aku cuma seorang macai masa tu. Dari situ aku dah mula tanam minat nak menjadi seorang tauke yg ada projek yg tersendiri. Gaji aku bekerja kat ladang masa tu hanyalah RM 450 sebulan. Ya, sebulan. Tanpa elaun makan dan minum,minyak mahupun topap telepon. Kalau ikutkan hati memang awal2 lagi nak cabut dari kerja ladang ni, tapi disebabkan minat yg sgt mendalam aku ingin mempelajari selok belok, ranjau dan duri, mehnah dan tribulasi perniagaan ini, A...

AKU DAN CITA-CITAKU

aku pun tak tahu ape nak tulis so baik aku perkenalkan diri dululah nama aku Ameer Iqbal, dan sekarang aku berumur 19 tahun . senang cerita dari kecik lagi aku memang minat dalam agricultural world ni sbb mmg dalam gene aku. bermulanya minat tu datang ketika aku berumur 6 tahun. ada seekor ayam yg bertelur 10 biji kat belakang rumah aku dalam sangkar kucing aku dan dia mengeram sampai lah menetas 10 ekor anak ayam. aku yang kira first time experience bende tu agak excited la .aku bagi tahu bapak aku dan kitorang pun buatlah satu reban ala kadar utk ayam ni anak beranak. motif aku cerita pengalaman ni saje je utk membuktikan aku memang minat menternak ayam sejak kecik.  bermula dari reban kecik masa aku berumur 6 tahun sampailah reban tu dah sebesar van rojak aku upgrade masa aku darjah 6. dan daripada 10 ekor sampai lah hampir 60 ekor ayam aku. tapi masalahnya tulaa rumah aku ni area kejiranan rumah teres. so mmg tak sesuai lah nak bela ayam banyak2 camtu. jiran2 pun dah bi...