aku pun tak tahu ape nak tulis so baik aku perkenalkan diri dululah
nama aku Ameer Iqbal, dan sekarang aku berumur 19 tahun . senang cerita dari kecik lagi aku memang minat dalam agricultural world ni sbb mmg dalam gene aku. bermulanya minat tu datang ketika aku berumur 6 tahun. ada seekor ayam yg bertelur 10 biji kat belakang rumah aku dalam sangkar kucing aku dan dia mengeram sampai lah menetas 10 ekor anak ayam. aku yang kira first time experience bende tu agak excited la .aku bagi tahu bapak aku dan kitorang pun buatlah satu reban ala kadar utk ayam ni anak beranak. motif aku cerita pengalaman ni saje je utk membuktikan aku memang minat menternak ayam sejak kecik.
bermula dari reban kecik masa aku berumur 6 tahun sampailah reban tu dah sebesar van rojak aku upgrade masa aku darjah 6. dan daripada 10 ekor sampai lah hampir 60 ekor ayam aku. tapi masalahnya tulaa rumah aku ni area kejiranan rumah teres. so mmg tak sesuai lah nak bela ayam banyak2 camtu. jiran2 pun dah bising ngan bapak aku pasal ayam2 aku berak depan rumah diorg. so bapak aku pun mengambil jalan pintas dengan menyembelih semua ayam tu memandangkan bapak aku pun dah malas dengar jiran komplen.
sepanjang aku di sekolah menengah aku memang x pernah bela ayam lagi dah, tapi disebabkan jiwa aku dah sebati dengan dunia ternakan ni aku mula memasang impian dan cita2 utk menjadi seorang penternak tapi masa tu aku x paham apa2 pun pasal perjalanan seorang usahawan ternakan. yang aku pasti aku minat betul dalam bende ni. dalam diam mahupun sedar kalau aku check balik kebanyakan game2 yang aku main dari kecik pun hampir semuanya game pasal ternakan. aku main Farmville kat facebook sampai level 98. kepala timun betul berapa byk masa kanak2 aku habis kat situ je haha. kalau ps2 pulak mmg game Harvest Moon . aku main sampai character tu mati pun aku akan ulang balik dari awal. bapak aku pernah marah aku pasal main game tu ulang2 last2 dia patahkan cd tu. tapi aku beli lain apedehal haha.
kembali ke zaman sekolah menengah. lepas je aku habis exam PMR tahun 2013 aku mmg pasti result aku akan barai sebab trial PMR aku satu A pun xde. hampeh. jadi aku pun siap2 mohon kolej vokasional lela maharaja rembau, aku mohon kos poltri(ternakan ayam). tapi disebabkan semua kawan2 aku waktu tu mohon SBP, aku pun mohon lah jugak tanpa mengharapkan apa2 pun. memang aku dah bulat hati nak masuk KV ni.
manusia hanya mampu merancang namun Allah lah yang menentukan . result PMR keluar dan aku dapat 9A. aku rasa macam kena prank je dgn cikgu2 sekola aku. "diorang buat lawak ke ape syal?". dan biasalah kalau dapat result straight A mestilah dapat tawaran SBP punya dan aku dapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS). perghhh... bukan senang nak dapat peluang cenggini. dan tanpa berfikir panjang aku pun terus pindah ke kisas. aku terlupa yang aku sebenarnya minat bende lain iaitu ternakan ayam yg aku mohon KV itu hari.
sepanjang di KISAS, prestasi pembelajaran aku agak teruk sebab aku banyak main2. tapi apepun aku cuma nak semua tahu yang aku x pernah menyesal masuk ke KISAS, in fact masuk KISAS is one of the best thing ever happened to me. namun sepanjang di KISAS, aku masih bercita2 untuk menjadi penternak dan aku masih x nampak jalan yg aku bakal tempuh lepas SPM nanti. tamat saja SPM aku terus fokus pada minat aku iaitu penternakan ayam(poltri).
bulan januari 2016, aku yg baru berumur 18 tahun masa tu( acah cerita lama je padahal baru cerita tahun lepas.punde) aku masuk ke Institut Teknologi Unggas. kat sana aku lebih paham teori2 dan praktikal penternakan ayam. mostly, reban close lah sebab sana cuma ada reban close. tapi aku masih tak nampak jalan untuk menjadi sorang usahawan ternakan ayam macam yang aku impikan. 6 bulan aku belajar kat sana melayakkan aku tamat tahap 1 sijil kemahiran malaysia bidang poltri. masa ni rasa macam dah tahu semuanya pasal ayam hakikatnya aku baru dapat seteguk dari lautan pasifik. biasalah kalau dah teguk air masin ni , mesti nak teguk lagi.
habis je belajar di Institut Teknologi Unggas, aku lost. biasalaa budak 18 tahun, aku memang tak tahu apa nak buat. bapak aku suruh aku sambung belajar tapi sebenarnya aku dah tak berapa minat nak belajar masa ni. aku nak jadi usahawan, aku nak buat bisnes tapi aku tak tahu macam mana nak buat. aku tak tahu mana nak mula. aku takde tanah, modal, reban, ilmu ,contact. senang cerita habuk pun tadak. aku lost gila. masa tu bulan jun, dan aku dapat satu mesej mengatakan aku dapat tawaran tingkatan 6. sekali lagi tanpa berfikir panjang, aku pun join form 6 di STAD. hmmm
sepanjang di form 6 aku macam tergantung. aku nak jadi usahawan ternakan tapi x tahu macam mana nak buat dan aku taknak belajar tapi terpaksa jugak pergi sekolah sebab dah pergi daftar form 6. lepas 2 bulan struggle untuk positif dalam form 6 dan berfikiran optimis yang aku masih minat belajar, akhirnya aku tewas. dekat kelas aku x boleh fokus . aku cuma fikirkan pasal ayam,ayam,ayam,ayam. macam bodoh kan? haha aku dah gila ayam time tu. punyalah lost sampai camtu.
satu hari aku kenal dgn kawan aku ni nama Idris,dia form 6 jugak tapi kelas sebelah kos lain. sembang punya sembang last2 dapat tahu yg bapak dia ni usahawan lembu kambing macam yg aku nak jadi. habis semua bende aku tanya pasal bapak dia. dari situlah minat aku yg hampir terkubur disebabkan aku pilih jalan yang salah ni bangkit semula dari kuburnya. haha aku kembali bersemangat . setiap kali aku jumpa idris topiknya adalah bapak dia. Akhirnya aku membuat keputusan drastik untuk berhenti belajar form 6 selepas hampir 6 bulan aku cuba melawan naluri aku. tak boleh bro, jwa aku jiwa penternak. mana boleh jiwa penternak masuk kelas physic addmath nii. jadi x tenang jiwa dibuatnya. nasib x sakit jiwa.
lepas aku berhenti form 6 biasalah mesti kena sound punya dengan mak bapak aku. haha. nasib la. bak kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.sebulan lebih jugak lah bapak aku tarik muka ngan aku lepastu sebab aku buat keputusan nak kerja di sebuah ladang ayam di selandar, Melaka. "dah elok2 belajar ,kau pergi berenti pegi kerja ladang" bapak aku cakaplaa.
masa aku bekerja di ladang ayam ni, baru aku tahu betapa susahnya buat ternakan ayam ni. rasa nak lari pun ada jugak tapi sebab aku pikir kalau lari malu lah aku nak balik rumah. mesti adik beradik lain bahan kaw2 punya. yelaa sembang lebat nak jadi penternak tapi baru kerja sikit dah cabut haha. oleh itu aku cekalkan hati untuk terus bekerja di sana. di sinilah aku belajar banyak ilmu tentang ternakan ayam ni. aku kerja kat reban open house, so intensity dia lagi intense la dari reban close. reban open lagi cerewet kerja macam cibai penat nak mampus. tengahari je nak kena mandi ayam setiap 20 min pulak tu kalau tak ayam mati banyak pasal panas. dan kat sinilah jugak aku berkenalan dengan partner aku iaitu Farid Kedaung.
Farid ni orangnya rajin tapi bila malas macam punde. dia ni kira mcm mando aku la masa aku kerja ladang ni.aku dan farid tinggal di rumah pekerja yang sama. dan kitorang tak ambil masa yang lama untuk ngam . aku kenal farid cuma sebulan je tapi aku percayakn dia lebih dari abang aku sendiri. kitorang berkongsi impan dan minat yang sama. farid masa tu tgh cuti sem degree dia. umur dia 21 masa tu. takde lah jauh beza sgt dgn aku. lepas kenal cuma sebulan aku dan farid bekerjasama untuk buat projek ternakan ayam daging bersama.
Good luck ya..tq bkongsi maklumat..sedang kumpul maklumat tentang penternakan ayam daging.
ReplyDeleteBoleh ke saya nak jumpa tuan.n belajar tentang ternakan ayam ni
ReplyDelete